YA, SHOPPING pun berpahala dan dikira nilai ibadat disisiNya.Bagaimana hendak mencari redha Allah dan mengaut pahala ketika bershopping????
1. Berdoa ketika keluar rumah, meminta perlindungan dari fitnah dan gangguan manusia serta syaitan " Ya Allah, aku bertawakal kepadamu.Tidak ada daya upaya melainkan dengan pertolongan-Nya"
2. Memasang niat yang baik:- contohnya, niat untuk memenuhi keperluan keluarga dan mengurangkan beban suami.
3. Tidak meninggalkan ibadah asas seperti sembahyang fardu dan puasa ramadhan.
4. Merancang dan menyenaraikan apa yang perlu dibelikan sehingga tidak berlaku pembaziran.Orang yang membazir saudara syaitan.
5.Membawa teman yang muhrim dan tidak melayan yang bukan muhtim tanpa ada keperluan.
6. Memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak menarik perhatian orang dengan perhiasan yang anda pakai seperti gelang, rantai atau menghentakkan kaki hingga membunyikan perhiasan seperti gelang kaki atau kasut berladam.
7. Mengingati Allah selalu supaya memiliki jiwa hamba dan tidak merasa sombong dengan keupayaan kita ketika membeli itu.
8. Bertolak ansur dan bercakap dengan baik semasa tawar menawar barang.
9. Tidak bergurau senda dan bergelak ketawa yang keterlaluan ketika dijalanan.
10. Tidak menimbulkan gangguan atau kesulitan terhadap orang ramai atau pengunjung l
11. Tidak boros dan berbelanja besar sehingga terpaksa berhutang....
SELAMAT BERSHOPPING........................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan